Maggi akhirnya ikut jejak langkah Vit's hasilkan perisa aglio olio. Tak dinafikan perisa aglio olio yang asalnya dari Itali ni sangat sedap. Haruman minyak zaitun dan bawang putih serta pedas-pedas manja kepingan lada tu yang menarik perhatian aku untuk terus makan.
Aku pernah makan aglio olio dari Vit's. Sangat sedap. Memang terasa ke-Itali-an kat situ. Harga takde lah mahal macam jenama Samyang yang terkadang mampu tengok tu. Untuk makluman, mi segera perisa aglio olio hanya ada dua kat Malaysia setakat ni: Maggi dan Vit's. Adakah jenama lain akan ikut serta nanti?
Showdown
![]() |
Kiri Maggi, kanan Vit's. |
Perkara | Maggi | Vit's |
---|---|---|
Mi | Sedikit halus, tak kenyal | Tebal, kenyal |
Perencah | Kurang kick, rasa tak seimbang | Kick dan seimbang |
Kepedasan | Normal | Normal |
Harga | RM7.50 (5 pek) | RM5.95 (4 pek) |
![]() | ![]() |
Bagi aku, aku lebih suka makan aglio olio versi Vit's. Pertama, mi yang digunakan tu lebih kenyal berbanding Maggi. Bila makan, rasa smooth je. Tak terasa rapuh macam mi Maggi. Kedua, perencah Vit's terbaik! Aku gilir-gilir rasa Maggi dan Vit's. Ternyata perencah Vit's lagi padu. Bau minyak zaitun dan bawang putih sangat ngam. Bila makan, sangat sedap dan terasa lebih Itali berbanding jenama Maggi.
Penambahbaikan untuk Maggi
Tekak dan lidah aku memang tak mampu nak makan aglio olio versi Maggi. Rasa pelik. Part ketara adalah mi tu sendiri. Bagi aku, tak sesuai guna mi yang sedikit nipis dan tak kenyal macam tu. Bila makan, terasa mi tu terlebih gandum pulak. Even mi sebenar aglio olio pun tebal (mi spageti). Mungkin jugak sebab Maggi guna mi wholegrain. Lain dari mi biasa.
Untuk perencah, terasa sangat tak seimbang. Ada rasa masin, ada rasa tawar. Padahal aku dah gaul cukup sebati perencah dengan mi tu. Dua benda alah ni kalau upgrade, mungkin rasa tu lebih better.