Antara salah satu benda yang paling dinantikan oleh para penggemar buku seluruh alam. Bermula 1 April 2022, kita boleh dapat baucar buku RM10. Percuma gais! Pembelian buku sekurang-kurangnya RM20 akan dapat off RM10. Siapa tak nak kan?
Baucar Buku Semarak Membaca (BBSM)
Baucar Buku Semarak Membaca adalah inisiatif di bawah Program Semarak Seni Budaya oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Perpustakaan Negara Malaysia dan rakan-rakan industri buku Malaysia. Ia bertujuan untuk memulihkan serta merancakkan ekosistem seni, budaya dan warisan yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19. Objektif Baucar Buku Semarak Budaya Membaca ini adalah seperti berikut:
- Membantu memulihkan dan merancakkan industri buku tempatan.
- Memberi insentif dan galakan kepada pembaca untuk membeli buku.
- Menambah bilangan pendaftaran baharu keahlian u-Pustaka.
#DudukRumahBeliBuku
Tempoh masa: 5 bulan
Tarikh: 1 April 2022 - 31 Ogos 2022
Platform: Kedai fizikal, eDagang dan e-Sentral
Semalam dah boleh guna voucher ni kat Shopee. Beli buku at least RM20 akan diberi diskaun RM10. Voucher ni boleh tebus kat kedai dalam Shopee tu. Unlimited. Kalau ada 10 kedai, setiap 10 kedai tu kita boleh dapat off RM10. Menarik kan? Selalunya dapat off RM5. Tapi kali ni kerajaan nak bagi off RM10 pulak.
Senarai kedai fizikal: https://semarakmembaca.com/bbsm-kedai-fizikal
Senarai kedai online: https://semarakmembaca.com/bbsm-shopee
Link e-Sentral: https://www.e-sentral.com/page/semarak_membaca