Aku pasti customer tetap Shopee akan bengang dengan polisi terbaru dari Shopee. Kalau dulu, pembeli boleh gabung Platform Voucher (Free Shipping Voucher + Coins Cashback Voucher) untuk kumpul coins, sekarang, tak lagi. Kena pilih salah satu. Sama ada nak Free Shipping atau Coins Cashback.
![]() |
Kena pilih salah satu. |
Untuk yang masih baru atau tak tahu jenis baucar dalam Shopee, sini aku senaraikan jenis-jenis baucar yang ada setakat ni:
Jenis | Contoh |
---|---|
Platform Voucher aka Shopee Voucher | Shipping, Discount, Coins Cashback |
Seller Voucher | Baucar kedai dan produk yang seller jual |
Macam harem kan? Entah. Aku tak nampak kelebihan yang akan menguntungkan pembeli. Kalau refer dalam statement terbaru yang Shopee nyatakan:
With this improvement, buyers will also be able to enjoy combining Shopee platform vouchers and multiple Seller vouchers in a single order.
Tanpa perubahan terbaru ni pun, pembeli boleh je gabung voucher. Takde masalah pun. Selama aku shopping kat Shopee pun, takde pulak masalah yang melibatkan benda alah ni.
Aku chat dengan staff Shopee. Aku tanya pasal ni. Dia tak habis-habis duk ulang 'new policy' dari Shopee tanpa bagitau sebab sebenar kenapa nak cipta 'new policy' ni.
Tu tak termasuk lagi dengan polisi 'Free Shipping' terbaru. Kat banner produk ditulis 'Free Shipping' tapi bila nak bayar, ada capped RM3. Betul lah macam blogger Nasa info, alangkah baiknya diorang edit je segala bagai banner lama kepada baru.