Baru sempat redeem kat Shopee. Tak lama dulu ada beli dua ketul coklat Cadbury Hugging Bar kat kedai runcit. Masa beli tu tak perasan pulak ada kempen ni.
Dapat seketul coklat percuma bila beli setiap dua ketul Cadbury Hugging Bar ni. Menarik kan? Siapa nak bagi saja-saja benda macam ni. Expired pun lambat lagi. Bulan Ogos tahun depan.
Kemik sikit. Tapi tak kisah lah. Benda free kan. |
Lepas redeem kat Shopee, dalam masa dua hari je coklat percuma ni sampai. Bagus company Cadbury ni (Mondelēz). Siap taruk ice pack lagi sebab nak bagi coklat tak cair. Tapi aku rasa better diorang taruk dalam insulator pack, baru dapat kekalkan suhu sejuk.