Maka, dengan rasminya, satu pesta buku yang dinanti-nantikan oleh pencinta buku iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), dibuka untuk orang ramai bermula hari ni.
Tarikh: 3 Jun 2022 - 12 Jun 2022
Masa: 10 pagi - 10 malam
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
Banyak. Banyak sangat syarikat yang ambil bahagian dalam pesta buku ni yang jual buku ilmiah, novel, komik, majalah semua ada. Tapi tak tahu bila boleh pergi. Antara booth yang aku nak sangat singgah adalah:
Reruai | Item |
---|---|
Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd | Komik + merchandise |
Moy Publication | Komik + merchandise |
PTS Media Group | Komik + majalah |
Iman Publications | Komik + buku ilmiah |
Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd | Novel |
Penerbitan Karyaseni | Novel |
Dubook Press | Novel |
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd | Komik + buku ilmiah |
Sasbadi Sdn Bhd | Komik + buku ilmiah |
Galeri Ilmu | Novel + buku ilmiah |
Katanya banyak sales yang diorang buat. Ada sampai 90% diskaun. Kalau tengok apa yang diorang post dalam page FB, harga memang cun. Lagi murah dari biasa.
Moga sempat ke sana walaupun jauh. Belum pernah lagi aku ke pesta buku besar macam ni. Masa zaman sekolah je pernah pergi pesta buku. Tu pun yang kecik.