Baru tadi terbaca pengalaman salah sorang pembeli makanan kat salah sebuah pantai masa weekend lepas. Dibelinya sebekas kentang goreng. Atas nampak cantik. Siap ada sos dan mayones. Tapi bila tengok kat permukaan bawah, berkulat!
Loya tekak aku tengok. Bayangkan kalau dia tak perasan ada kulat dan terus makan macam tu je. Tak ke naya? Tak pepasal nanti masuk wad.
Pengalaman aku di kedai kotor
Weekend lepas keluar pergi makan kat kawasan kedai makan yang selalu dipenuhi orang. Katanya kat sini ada menu istimewa iaitu itik salai masak lemak. Aku tak makan pun itik salai tu. Beli menu lain.
Masa makan, tekak aku kembang. Bukan sebab menu yang aku beli (nasi kukus) tapi sebab keadaan sekeliling kawasan kedai tu.
Sini, ada beberapa kedai makan. Macam R&R gitu tapi lebih kepada versi kedai suburban. Apa yang menggelikan aku? Punya lah banyak kucing kat sini. Bukan kucing yang bersih macam kucing orang bela tu. Tapi kucing terbiar. Mungkin lebih 5 ekor. Ada yang landing atas meja. Kalau macam Crash Landing on You takpe jugak. Ni ada yang siap jilat pinggan customer yang tak dikutip cleaner.
Kedua, dari awal aku datang sini sampai lah aku balik, pinggan mangkuk dan cawan kotor yang ada atas meja tak dikutip. Lebih sejam aku kat sana. Tapi semua tu tak bergerak. Aku tengok sekeliling. Cleaner ada sorang je. Muda lagi. Buat kerja sangat slow. Aku tak tahu sama ada dia penat atau memang macam tu cara dia bekerja.
Ketiga, lepas makan, aku order seketul waffle kat kedai belakang meja aku makan. Masa tunggu owner tu buat waffle aku, aku perhati kedai dia. Terkedu aku. Kat tepi mesin waffle, ada banyak tahi cicak. Aku tak tahu nak cakap apa. Waffle tengah masak. Tak sampai hati nak cancel. Lepas bayar, aku bagitau dia pasal tahi cicak tu. Mintak dia bersih kat situ.
Sampai sekarang, aku tak tahu kenapa kedai kat sini ramai orang. Bagi aku yang pernah kerja dalam industri makanan, kalau macam ni lah gayanya, silap hari bulan, boleh tutup semua kedai ni sebab kotor.
Aku tak mintak pun kedai kawasan sini dapat gred A macam kebanyakan restoran fast food atau restoran 5 bintang. Cukup lah kedai yang bersih. Boleh expect kan kalau kedai kotor macam ni, cara penyediaan makanan dia macam mana?
Tags:
makan