Semalam singgah pasar raya. Masuk bahagian jajan, ternampak pulak Mamee Monster Justice League. Lama dah aku nak cuba. Dulu aku ada buat entri pasal Mamee ni. Mungkin waktu tu masih belum dijual.
Tapi yang ada kat pasar raya ni hanya lah perisa BBQ. Perisa lain (ayam, pedas dan black pepper) belum ada. Tak tahu lah aku sama ada cawangan sini tak order perisa lain atau perisa lain belum ada stok.
Edisi terhad
Sesungguhnya, Mamee Monster versi Justice League ni sama je macam versi biasa. Yang lainnya dari segi packaging. Gambar karakter Justice League ada kat paket tu.
Perencah BBQ pun rasa yang sama. Gambar dan warna paket perencah tu je yang lain. Kalau yang biasa, warna silver. Versi Justice League ni, warna biru dan emas. Paket emas aku tak dapat lagi. Rare katanya.
Macam aku info, sepatutnya kewujudan Mamee ni sempena live-action filem terbaru Justice League. Sebab karakter Green Lantern tu yang obvious. Pasal filem tu, belum dengar khabar berita. Kenapa Mamee Monster versi Justice League ni masih diteruskan penjualan, masih menjadi misteri.