Pertama kali duit AdSense masuk.


Rezeki raya. Tak sangka betul-betul masuk. Dan mudah pulak tu. Aku ingat lagi masa mula-mula nak apply AdSense. Punya lah payah. Berkali-kali kena reject. Lepas tukar domain, tup! Terus Google bagi lulus.

22 Mei 2022, Ahad


Aku perasan transactions dah mula. Masa godek-godek page AdSense, terperasan yang ada satu remark mengatakan Automatic payment pending: Wire transfer to bank account *** for *** kat situ.


Ada dua pilihan untuk dapat duit AdSense. Satu, melalui wire transfer iaitu duit masuk ke akaun bank secara online. Kedua, melalui cek. Google akan hantar cek fizikal kepada kita. Aku pernah terbaca yang kalau buat pilihan wire transfer, dalam masa seminggu, duit AdSense akan masuk dalam akaun bank. Kalau pilih bayar pakai cek, duit lambat masuk sebab nak kena terima cek tu dulu baru boleh cash out.


Petang tu, dapat emel dari Google. Katanya diorang dah mula proses untuk masukkan duit ke dalam akaun bank. Duit sepatutnya masuk dalam masa 5 hari bekerja.

24 Mei 2022, Selasa


Pak cik kayo! Duit AdSense masuk. Buat pertama kalinya. Terasa kaya kejap. Ye lah. Bukan senang nak dapat duit macam ni. Lagipun, siapa nak bagi free kan? Terasa usaha berblogging membuahkan hasil.


PV aku sehari-hari takde lah banyak. Cukup-cukup makan je. Maklum lah, bukan blogger famous. Bersyukur sangat teman-teman bloggers sekalian yang sudi jenguk dan dapat tinggalkan jejak kat entri. Harap lepas ni, aku akan lebih bersemangat untuk terus menulis dalam dunia maya ni.
Previous Post Next Post