Petronas taja BAM selama 3 tahun.


Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kali ni ditaja oleh Petronas. Katanya ni penaja BAM yang terbesar dalam sejarah. Dulu seingat aku Victor yang taja BAM dengan tajaan tertinggi iaitu RM60 juta selama 6 tahun.

Selalunya kalau jadi penaja, duit tu akan digunakan dalam skop pembangunan badminton, insentif atlet dan apa-apa kejohanan yang melibatkan BAM. Banyak je syarikat luar yang taja BAM. Contohnya Yonex dan Victor, sebagai pembekal peralatan sukan utama. Kalau syarikat Malaysia, ada beberapa syarikat besar yang taja.

TahunTempohJumlahPenaja
2001 - 201515 tahunN/AYonex
2011 - 20166 tahunRM40 jutaMaybank
2015 - 20216 tahunRM60 jutaVictor
2016 - 20183 tahunRM24 jutaCelcom
2019 - 202015 bulanRM10 jutaCelcom
2021 - 20265 tahunRM55 jutaYonex
2022 - 20243 tahunN/APetronas

Kalau tengok Terbuka Jerman sekarang ni, belum ada lagi logo Petronas yang tertera kat jersi pemain badminton kita. Katanya dalam tournament All England 2022 (16 - 20 Mac) nanti baru ada. Dan bagi nilai tajaan Petronas, setakat kajian aku kat pelusuk Internet, takde info lagi berapa jumlahnya.

Sepanjang tajaan Petronas ni, salah satu siri perlawanan badminton BWF, Super 750 Malaysia Open, katanya akan ditukar kepada Petronas Malaysia Open 2022. Ohoi! Makin naik lah nama Petronas dalam sukan badminton ni. Ye lah. Lepas kes litar Sepang tu tutup untuk F1, kurang pulak dengar pasal Petronas.


Adakah jersi pemain nanti akan ada warna hijau atau turquoise macam warna Petronas? Setakat jersi yang dipromosi, hanya warna kuning yang ada. Warna lain? Kita nantikan pada All England 2022 minggu depan.
Previous Post Next Post