Mungkin ni produk baru dari Mighty White. Sebab tak pernah nampak pun sebelum ni masa cari roti kat kedai. Aku tertarik tengok packaging. Warna pek roti ni helok je.
Aku beli satu sebab nak cuba. Kang beli banyak membazir pulak kalau tak sedap. Tapi menyesal. Menyesal aku beli satu je. Kalau lah aku tahu roti ni sedap, memang aku beli banyak buat stok. 😂
Setakat ni, roti ni aku kategorikan sebagai paling sedap. Sebab satu, masa bukak plastik, semerbak bau haruman kacang tanah. Kedua, krim tu banyak. Tak kedekut. Dan ketiga, dalam lapisan krim kacang, ada krim coklat. Boleh bayangkan macam mana kombinasi tu? Memang nikmat.