Pertama kali renew domain NetKL.


Hari ni baru sempat renew. Risau terlupa. Bulan lepas NetKL emel untuk ingatkan supaya renew domain. Katanya kalau tak renew, nanti website kita yang ada dotcom atau dotlainlain tak dapat bukak.

Memandangkan hari tu dapat hadiah yang Mamapipie bagi sebab berjaya screenshot blog view 4,000,000 tepat, makanya duit tu aku gunakan untuk renew domain setahun. Terima kasih banyak-banyak Mamapipie.


Selesai sudah. Pantas. Rasanya tak sampai 5 minit lepas aku bayar online, terus dapat emel dari NetKL yang mengatakan aku berjaya renew domain. Setakat aku guna domain NetKL ni, view blog aku makin bertambah. Dulu masa guna dotblogspot, view sangat suam-suam kuku. Macam syok sendiri pulak setiap kali buat entri.


Tapi lepas tukar kepada dotcom, view makin bertambah. Puluh riban tu takde lah tapi masih banyak bagi aku. Terasa dihargai setiap kali publish entri baru. Harap lepas ni, akan lebih konsisten untuk terus menaip.
Previous Post Next Post