NFT di Malaysia makin rancak.


Selalunya barang digital contohnya e-book yang kita beli, ada versi PDF yang kita boleh kongsi dengan sesiapa. Atau lagu dalam bentuk MP3 yang kita kongsi dengan kawan-kawan. Dua benda ni takde trace dalam bentuk digital sebagai hak milik kita. Takde nama atau maklumat yang mengatakan tu milik kita.

Tapi lain dengan NFT atau nama panjangnya non-fungible token. Setiap kali kita beli token (sama ada dalam bentuk gambar atau video), barang tu akan jadi hak milik kita. Harta kita. Aset kita. Sebab dalam tu, boleh trace identiti pemiliknya.

NFT haram ke halal?


Setakat aku baca dalam portal, NFT ni halal, selagi tak langgar hukum syarak. Lagipun NFT ni aset digital. Bukan mata wang macam Bitcoin tu. Aku cuba cari kot-kot mufti Malaysia ada jelaskan pasal NFT. Tapi tak jumpa pulak. Yang ada pasal Bitcoin je.


Perluasan NFT kat Malaysia


Sekarang, ada beberapa company selain Gempakstarz yang mula perkenalkan NFT sebagai salah satu produk diorang. Mungkin diorang nampak bisnes NFT ni salah satu peluang yang baik.

Gempakstarz.

AEON.

KFC.

Investment? Yang ni aku belum nampak lagi. Tapi setahu aku, NFT yang kita beli, kita boleh jual kat orang. Sama lah dengan konsep beli buku fizikal. Dalam 10 atau 20 tahun akan datang, buku fizikal yang kita beli, akan jadi barang rare yang mungkin ramai collectors cari.

Berbaloi ke beli NFT?


Terpulang. Selagi ianya tak memudaratkan, selagi tu takde masalah. Sekali lagi, NFT dan Bitcoin tak sama walaupun ada sedikit persaman dari segi sistem pengekodan (blockchain technology).

Kalau rasa nak ada koleksi digital sendiri, why not kan? Boleh simpan elok-elok dalam dunia maya. Mana lah tahu akan datang harga melambung tinggi, boleh jual. 😋
Previous Post Next Post