Beli ayam masak merah kat bazar Ramadan.


Alhamdulillah. Semalam, pertama kali aku masuk bazar Ramadan untuk tahun ni. Tu pun singgah sebab ada urusan kat bank. Lepas setel urusan bank, terus masuk bazar. Curious jugak nak tahu apa yang diorang jual sabab aku perasan, sebelum zohor lagi diorang dah bukak gerai.

Banyak jugak lah aku beli. Excited kan first time datang bazar Ramadan. Rambang mata. Ada yang jual air buah, ada yang jual kuih muih dan ada yang jual makanan goreng macam nasi dan mi goreng.

Ada satu gerai yang jual pelbagai lauk-pauk. Ayam, ikan, daging semua ada. Aku tertarik dengan ayam masak merah. Warna tumisan tu merah darah, dikelilingi minyak. Maksudnya, tumisan tu dimasak dengan elok. Aku beli dua ketul isi ayam. Besar. RM7 aku bayar.

Rasa yang plain


Balik rumah, panaskan sikit. Makan dengan nasi rempah (ala nasi tomato). Sedap ke ayam masak merah? Jujur, tak kena dengan tekak aku. Bau dah ngam. Wangi. Macam ayam nasi minyak kenduri tu. Tapi rasa sangat plain. Macam kurang perasa. Nak kata tawar, tak. Sebab boleh rasa manis bawang. Aku tak pasti dia kurang masukkan garam, atau tak masukkan langsung MSG.

Itu lah. Tekak kita tak sama. Ada orang makan sesuatu menu tu, best. Ada orang yang tekak sensitif, terus tahu makanan tu best ke tak. Aku bukan lah pro sangat memasak tapi bila bab rasa makanan ni, aku senang nak detect makanan tu sedap ke tak.

Semoga ayam masak merah tu berjumpa dengan pelanggan yang tepat. Kalau singgah lagi pun, mungkin aku tak beli dah ayam ni. Cuba cari menu lain pulak. Tak nak tertipu dengan rupa makanan yang nampak sedap. 😅
Previous Post Next Post