Putrajaya memang terkenal dengan beberapa buah tasik yang mencantikkan lagi landskap sebagai daya tarikan. Terbaru, Putrajaya wujudkan satu lagi pantai buatan kat sana. Ya. Pantai dan buatan.
Sebelum ni dah ada satu. Kat Presint 5. Kali ni, mungkin lebih official sikit dan diberi nama Pantai Floria. Pantai ni ada kat Presint 4, tempat Tapak Floria iaitu kawasan festival bunga yang selalu Putrajaya buat tu. Senang cerita, dekat dengan masjid besi.
- Lokasi di Tapak Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya.
- Ada beberapa fasiliti untuk kegunaan umum seperti buaian dan kawasan memancing.
- Boleh juga buat aktiviti outdoor yang lain seperti berkayak dan main bot kawalan jauh.
- Ruang yang luas untuk bersantai bersama keluarga.
Untuk buat aktiviti atas air tu, mungkin ada dikenakan bayaran tertentu. Jadi, jangan gelabah pulak nanti bila nak pancing ikan pun kena bayar. Untung lah orang Putrajaya. Dapat feeling-feeling duk tepi pantai betul.